Saturday 21 January 2012

Pendirian

GUA:  From now on, no more rice!  Makan buah, roti atau apa-apa makanan yang berkhasiat je.
Kata Gua seorang diri.  Tapi, 10 minit selepas itu.
GUA: Mak, mak tak masak nasi ke?


GUA: Besok nak bangun awal lah.  Nak pergi jogging.
Keesokkan harinya…
GUA: Damn, pukul 11:00 dah.  Besok jela jogging.


GUA: Weh, lepas ni kau nak buat apa?
KAWAN: Aku ingat nak tengok tv kejap.  Pastu baru buat assignment.  Kau?
GUA: Aku nak terus buat assignmentlah.  Berlambak kot.
Setengah jam kemudian, di hadapan tv…
KAWAN: Bukan kau nak buat assignment ke tadi?
GUA: Erk??






P/s:  Minah atas tu takda pendirian betullah.  Sigh.

Monday 16 January 2012

Kenapa perlu sinikal?


Maksud gua kat sini, sinis.  Sarcastic.  Tak tipu, dulu gua memang macam ni. Gua suka macam ni pun bukan dengan semua orang. Tu tak normal maknanya. Haha. okey, tak kelakar. Gua jadi sinis dengan mereka yang suka sakitkan hati gua. Yang suka condemn gua tak tentu hala. Mulut gua jadi macam lancang gila, lalu lepas luahkan segalanya, gua jadi puas. Hahahahha (gelak evil)

Maaf.  Gua bukan sengaja.  Betul, tak tipu!  Sekarang gua mula sedar, kenapa gua macam tu.  Gua cuma nak bina satu benteng supaya orang tak pijak gua, macam dulu-dulu.  Ya, gua tak mau jadi budak hingusan yang kena maki depan-depan tapi buat bedek je, macam tak ada perasaan, padahal belakang, punya sentap gila vavi.  Yes, I just want to be honest, but obviously, not with a good way actually.  Such a jerk when I choose to be a sarcastic person.  Sigh.

Gua rasa, manusia-manusia lain yang mulutnya lancang gila atau memang sentiasa sinis dengan orang lain pun, niat dia sama macam gua.  Cuma nak orang tak pijak kepala dia atau nak sorokkan something supaya orang tak nampak kelemahan dia.  Tapi kenapa bila sekarang orang mula sinis dengan orang lain depan gua, gua jadi macam

“Erk, kenapa minah ni macam !@#$%^&*!?”

Time tu, hambek kau!  Baru gua sedar, macam mana rasanya orang yang sinikal ni boleh jadi annoying gila.  Duhh, barulah mula nak refresh balik semua perangai-perangai buruk gua pada manusia-manusia lain.  Teruk betul.  Takpa.  Just move on.  Gua tak mau la sentiasa jadi manusia yang dibenci.  Sedar.  Ya, mungkin tuhan nak tunjuk kat gua. 




P/s:  So, the moral of the story, jangan sinikal eh adik-adik. 
Renung-renungkan dan selamat beramal!
:)

Thursday 12 January 2012

Rindu

Salam Satu Malaysia semua. (Erk?)

Rindu sebenarnya. Rindu nak menaip kat blog. Rindu nak usha-usha blog awek-awek cun & jejaka-jejaka kacak jugak. Tapi malangnya, ke'busy'an melanda. Kerja berlambak-lambak. Langsung tak ada sikit pun masa nak menjenguk blog (sila percaya). Tak tau nak post apa. Cuma entry kali ni, nak share artikel yang gua curik dari I LUV ISLAM blog. Layannnnnn.... :)

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amin..

Tuesday 3 January 2012

Revolusi apa yang kau perjuangkan?


Tolong jangan bagitau gua perihal Bunkface. Gua boleh bunuh diri dengan jawapan tu. Gua sendiri tak tau kenapa? dan mengapa? tapi gua berjiwa politik sejak akhir-akhir ni. Ohh, ye! Memandangkan gua sudah cukup umur untuk mengundi, dan gua asyik berfikir je, parti mana yang patut gua undi, mungkin sebab tu gua jadi macam ni barangkali. Dan sila percaya, sekarang pun gua masih berfikir lagi.

Gua rasa harus kot gua pikir. Bukan sebab gua terlalu emosi, tapi gua ada perasaan sedikit takut. Takut kalau-kalau Malaysia yang gua cinta jadi tak tentu arah sebabkan rakyat yang salah memilih. To be honest, gua dah ada pilihan dah. Tapi gua tak tau, adakah ini yang terbaik, ataupun tak. Ehh, lupa. Ada ke mana-mana parti politik yang bermain secara baik? haha. Sarcasm sungguh.

Sila percaya, gua suka tanya ramai orang pendapat mereka pasal benda-benda ni. dan sila percaya lagi, semua orang pasti akan menegakkan parti mereka masing-masing, which is memang sangat kelakar sebenarnya. Seribu satu persoalan gua bagi, ada je jawapan yang mereka bagi. Dan dan, sila percaya lagi, kalau kita bercakap perihal ni dengan mereka yang kurang matang, memang boleh bergaduh. haha. Ye, bergaduh.






P/s: Boleh tak gua taknak mengundi?