Showing posts with label factoflife. Show all posts
Showing posts with label factoflife. Show all posts

Saturday, 21 January 2012

Pendirian

GUA:  From now on, no more rice!  Makan buah, roti atau apa-apa makanan yang berkhasiat je.
Kata Gua seorang diri.  Tapi, 10 minit selepas itu.
GUA: Mak, mak tak masak nasi ke?


GUA: Besok nak bangun awal lah.  Nak pergi jogging.
Keesokkan harinya…
GUA: Damn, pukul 11:00 dah.  Besok jela jogging.


GUA: Weh, lepas ni kau nak buat apa?
KAWAN: Aku ingat nak tengok tv kejap.  Pastu baru buat assignment.  Kau?
GUA: Aku nak terus buat assignmentlah.  Berlambak kot.
Setengah jam kemudian, di hadapan tv…
KAWAN: Bukan kau nak buat assignment ke tadi?
GUA: Erk??






P/s:  Minah atas tu takda pendirian betullah.  Sigh.

Thursday, 12 January 2012

Rindu

Salam Satu Malaysia semua. (Erk?)

Rindu sebenarnya. Rindu nak menaip kat blog. Rindu nak usha-usha blog awek-awek cun & jejaka-jejaka kacak jugak. Tapi malangnya, ke'busy'an melanda. Kerja berlambak-lambak. Langsung tak ada sikit pun masa nak menjenguk blog (sila percaya). Tak tau nak post apa. Cuma entry kali ni, nak share artikel yang gua curik dari I LUV ISLAM blog. Layannnnnn.... :)

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amin..

Saturday, 31 December 2011

Tahun Baru, Azam Baru

Harini macam biasa. Gua akan on fesbuk, then gua scroll down. Tengok siapa buat status terbaik, yang kena dengan apa yang gua rasa, gua click LIKE. Tapi fttttt, kebanyakkan pasal tahun barulahh. Ouhh, ye! Mostly girl la kan. Dari tahun sebelumnya, dan tahun sebelumnya, dan tahun-tahun sebelumnya lagi, mesti buat azam nak lebih kurus. Sigh. Tahukah anda kajian menunjukkan yang lelaki ni lagi suka perempuan yang berbadan curvy. Ya, CURVY. 78% lelaki tau. Sebab bagi depa, nampak la sihat sikit. Sihat tang mana, gua tak tau. Apa kata, dok tukar sikit azam tu. Bukan nak lebih kurus, tapi nak lebih sihat. Tu kan lebih baik dari duk nak kuruskan badan serupa anorexia, tapi tak sihat. Buat apa kan?





P/s:Errmm, lagi azam apa yang famous orang nak buat ehh?