Tuesday 3 January 2012

Revolusi apa yang kau perjuangkan?


Tolong jangan bagitau gua perihal Bunkface. Gua boleh bunuh diri dengan jawapan tu. Gua sendiri tak tau kenapa? dan mengapa? tapi gua berjiwa politik sejak akhir-akhir ni. Ohh, ye! Memandangkan gua sudah cukup umur untuk mengundi, dan gua asyik berfikir je, parti mana yang patut gua undi, mungkin sebab tu gua jadi macam ni barangkali. Dan sila percaya, sekarang pun gua masih berfikir lagi.

Gua rasa harus kot gua pikir. Bukan sebab gua terlalu emosi, tapi gua ada perasaan sedikit takut. Takut kalau-kalau Malaysia yang gua cinta jadi tak tentu arah sebabkan rakyat yang salah memilih. To be honest, gua dah ada pilihan dah. Tapi gua tak tau, adakah ini yang terbaik, ataupun tak. Ehh, lupa. Ada ke mana-mana parti politik yang bermain secara baik? haha. Sarcasm sungguh.

Sila percaya, gua suka tanya ramai orang pendapat mereka pasal benda-benda ni. dan sila percaya lagi, semua orang pasti akan menegakkan parti mereka masing-masing, which is memang sangat kelakar sebenarnya. Seribu satu persoalan gua bagi, ada je jawapan yang mereka bagi. Dan dan, sila percaya lagi, kalau kita bercakap perihal ni dengan mereka yang kurang matang, memang boleh bergaduh. haha. Ye, bergaduh.






P/s: Boleh tak gua taknak mengundi?

2 comments:

  1. Eh so gua panggil u kakak lah . HAHA , ala buat lah solat istikharah , kan boleh ? wuu wuu

    *tak tido malam kang asik duk pk pasal ngundi , ala takyah jee ngundi . Heee ;p

    ReplyDelete
  2. euwww, janganlah panggil kakak. rasa macam tua sangat pulak. (padahal memang pun) hihi :)

    ReplyDelete