Saturday 21 January 2012

Pendirian

GUA:  From now on, no more rice!  Makan buah, roti atau apa-apa makanan yang berkhasiat je.
Kata Gua seorang diri.  Tapi, 10 minit selepas itu.
GUA: Mak, mak tak masak nasi ke?


GUA: Besok nak bangun awal lah.  Nak pergi jogging.
Keesokkan harinya…
GUA: Damn, pukul 11:00 dah.  Besok jela jogging.


GUA: Weh, lepas ni kau nak buat apa?
KAWAN: Aku ingat nak tengok tv kejap.  Pastu baru buat assignment.  Kau?
GUA: Aku nak terus buat assignmentlah.  Berlambak kot.
Setengah jam kemudian, di hadapan tv…
KAWAN: Bukan kau nak buat assignment ke tadi?
GUA: Erk??






P/s:  Minah atas tu takda pendirian betullah.  Sigh.

Monday 16 January 2012

Kenapa perlu sinikal?


Maksud gua kat sini, sinis.  Sarcastic.  Tak tipu, dulu gua memang macam ni. Gua suka macam ni pun bukan dengan semua orang. Tu tak normal maknanya. Haha. okey, tak kelakar. Gua jadi sinis dengan mereka yang suka sakitkan hati gua. Yang suka condemn gua tak tentu hala. Mulut gua jadi macam lancang gila, lalu lepas luahkan segalanya, gua jadi puas. Hahahahha (gelak evil)

Maaf.  Gua bukan sengaja.  Betul, tak tipu!  Sekarang gua mula sedar, kenapa gua macam tu.  Gua cuma nak bina satu benteng supaya orang tak pijak gua, macam dulu-dulu.  Ya, gua tak mau jadi budak hingusan yang kena maki depan-depan tapi buat bedek je, macam tak ada perasaan, padahal belakang, punya sentap gila vavi.  Yes, I just want to be honest, but obviously, not with a good way actually.  Such a jerk when I choose to be a sarcastic person.  Sigh.

Gua rasa, manusia-manusia lain yang mulutnya lancang gila atau memang sentiasa sinis dengan orang lain pun, niat dia sama macam gua.  Cuma nak orang tak pijak kepala dia atau nak sorokkan something supaya orang tak nampak kelemahan dia.  Tapi kenapa bila sekarang orang mula sinis dengan orang lain depan gua, gua jadi macam

“Erk, kenapa minah ni macam !@#$%^&*!?”

Time tu, hambek kau!  Baru gua sedar, macam mana rasanya orang yang sinikal ni boleh jadi annoying gila.  Duhh, barulah mula nak refresh balik semua perangai-perangai buruk gua pada manusia-manusia lain.  Teruk betul.  Takpa.  Just move on.  Gua tak mau la sentiasa jadi manusia yang dibenci.  Sedar.  Ya, mungkin tuhan nak tunjuk kat gua. 




P/s:  So, the moral of the story, jangan sinikal eh adik-adik. 
Renung-renungkan dan selamat beramal!
:)

Thursday 12 January 2012

Rindu

Salam Satu Malaysia semua. (Erk?)

Rindu sebenarnya. Rindu nak menaip kat blog. Rindu nak usha-usha blog awek-awek cun & jejaka-jejaka kacak jugak. Tapi malangnya, ke'busy'an melanda. Kerja berlambak-lambak. Langsung tak ada sikit pun masa nak menjenguk blog (sila percaya). Tak tau nak post apa. Cuma entry kali ni, nak share artikel yang gua curik dari I LUV ISLAM blog. Layannnnnn.... :)

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amin..

Tuesday 3 January 2012

Revolusi apa yang kau perjuangkan?


Tolong jangan bagitau gua perihal Bunkface. Gua boleh bunuh diri dengan jawapan tu. Gua sendiri tak tau kenapa? dan mengapa? tapi gua berjiwa politik sejak akhir-akhir ni. Ohh, ye! Memandangkan gua sudah cukup umur untuk mengundi, dan gua asyik berfikir je, parti mana yang patut gua undi, mungkin sebab tu gua jadi macam ni barangkali. Dan sila percaya, sekarang pun gua masih berfikir lagi.

Gua rasa harus kot gua pikir. Bukan sebab gua terlalu emosi, tapi gua ada perasaan sedikit takut. Takut kalau-kalau Malaysia yang gua cinta jadi tak tentu arah sebabkan rakyat yang salah memilih. To be honest, gua dah ada pilihan dah. Tapi gua tak tau, adakah ini yang terbaik, ataupun tak. Ehh, lupa. Ada ke mana-mana parti politik yang bermain secara baik? haha. Sarcasm sungguh.

Sila percaya, gua suka tanya ramai orang pendapat mereka pasal benda-benda ni. dan sila percaya lagi, semua orang pasti akan menegakkan parti mereka masing-masing, which is memang sangat kelakar sebenarnya. Seribu satu persoalan gua bagi, ada je jawapan yang mereka bagi. Dan dan, sila percaya lagi, kalau kita bercakap perihal ni dengan mereka yang kurang matang, memang boleh bergaduh. haha. Ye, bergaduh.






P/s: Boleh tak gua taknak mengundi?

Saturday 31 December 2011

Tahun Baru, Azam Baru

Harini macam biasa. Gua akan on fesbuk, then gua scroll down. Tengok siapa buat status terbaik, yang kena dengan apa yang gua rasa, gua click LIKE. Tapi fttttt, kebanyakkan pasal tahun barulahh. Ouhh, ye! Mostly girl la kan. Dari tahun sebelumnya, dan tahun sebelumnya, dan tahun-tahun sebelumnya lagi, mesti buat azam nak lebih kurus. Sigh. Tahukah anda kajian menunjukkan yang lelaki ni lagi suka perempuan yang berbadan curvy. Ya, CURVY. 78% lelaki tau. Sebab bagi depa, nampak la sihat sikit. Sihat tang mana, gua tak tau. Apa kata, dok tukar sikit azam tu. Bukan nak lebih kurus, tapi nak lebih sihat. Tu kan lebih baik dari duk nak kuruskan badan serupa anorexia, tapi tak sihat. Buat apa kan?





P/s:Errmm, lagi azam apa yang famous orang nak buat ehh?

Monday 26 December 2011

Dah besar dah kita kan?

Pejam celik, pejam celik, rasa macam sekejap je masa berlalu, ye dak? Rasa macam baru je semalam gua dok poyo-poyo dok kat kerusi belakang, tiru cara ayah drive kereta. Ayah brek, gua pun brek. Kereta tu takda bunyi brek pun, gua boleh buat bunyi brek. Konon brek emergency la tu. Tapi harini, tuptup, gua dah boleh bawak kereta sendiri dah pergi mana-mana. Tak perlu berangan drive kereta macam dulu lagi.

Rasa macam sekejap je masa berlalu. Dulu gua rasa memang macam budak hingusan gilalah kan. Patutlah pun orang tua dok bagi perumpamaan 'hingus sendiri pun tak ngeti lap lagi.' Mana taknya, memang bila berhingus je, gua mesti pantas lap kat tudung sekolah. Oh, ye. Cover harus baik. Bukan tudung bahagian depan, tapi bahagian belakang. Takdalah orang tau kau jenis manusia pengotor gila. Tapi tu dulu la, sekarang gua dah besar. Dah jadi pembersih. Ke mana-mana haruslah bawak tisu, bawak kain lap. Kalau bersin ke, selesema mengalir ke, boleh lah jadi ayu gila lap pakai tisu. Manalah tau kot-kot ada pria-pria hensem memandang ke kan?

Memang terasa sekejap je masa berlalu. Dulu handset pertama pun 3310. Tu pun dah cukup bangga gila. Bila orang tengok, confirm kau pandang balik dengan pandangan, kau hado? kat dia. Padahal sekarang, kalau kau still pakai handset cabuk Sony Ericson mahupun Nokia, orang pandang kau balik dengan mata annoying 'kau hado' sambil tweet-tweet guna handset Blackberry dia. haha. Kau hado?

Rasa macam sekejap je masa berlalu. Dulu time kecik-kecik, memang takda rasa tension langsung. Manalah kita nak pikir hal orang-orang dewasa ni kan. Dok main 24/7 je, tak main kejar-kejar, mesti main kahwin-kahwin. Sekarang dah besau, ada kau nak main kahwin-kahwin? Penampau dapat nanti dari makpak kau. aahhaha.





P/s: Rindu zaman dulu-dulu
=)

Saturday 24 December 2011

Yang Pertama

Salam semua


Ohh, ye. Ni merupakan post pertama gua kat blog ni. Kat blog ni jela. Gua dulu ada lagi satu blog. Tapi gua dah delete. Heh, bosan la kat blog tu. Gua rasa gua tak bebas. Tak bebas menyatakan pendapat gua, tak bebas menyatakan apa yang gua rasa. Gua pun tak taulah kenapa gua rasa macam tu. Nak ikutkan, tu blog gua, sukati gua la nak post pape pun kan, tapi ntahlah. Sayang, memang sayang, walaupun follower gua tak cecah seriban lagi, tapi gua tetap sayang. Gua dah pikir 10,20,30 kali dah, nak bukak blog baru ke taknak. Pening kepala gua, siang malam gua pikir. Macam nak buat keputusan pilih pasangan hidup pulak. Selamat gua tak sampai buat solat istikharah, tu over sangat. haha. So, akhirnya. Ini lah blog gua, SayaPunyaBelog.






P/s: Gua harap gua lagi bebas kat sini.